Penglibatan dalam kemasyarakatan Ahmad_al-Raysuni

Pertubuhan ilmu

  • Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia[3] - Beliau merupakan anggota pengasas Kesatuan Ulamak Muslimin Sedunia dan menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah kesatuan tersebut sejak ditubuhkan. Beliau terpilih menjadi Timbalan Presiden pada tahun 2013. Pada tahun 2018, beliau terpilih menjadi Presiden kedua kesatuan tersebut, selepas Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengundurkan diri.
  • International Institute of Islamic Thought[4] - Beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat akademik bagi IIIT, sebuah institusi berpangkalan di Amerika Syarikat.
  • Persatuan Ulamak Maghribi[4] - Beliau pernah menjadi anggota persatuan ini sebelum persatuan ulamak tersebut dibubarkan pada tahun 2006.
  • Persatuan Masa Depan Islam[4] - Beliau mengetuai persatuan yang berpangkalan di Rabat, Maghribi ini dari tahun 1994 hingga 1996
  • Liga Ulamak Sunni[5] - Beliau merupakan pengerusi bagi liga ulamak tersebut
  • Akademi Fiqh Islam Antarabangsa[5] - Beliau menjadi ahli bagi akademi yang berpusat di Jeddah tersebut.

Media

  • Akhbar Al-Tajdeed[4] - Beliau pernah menjadi pengarah bagi akhbar berbahasa Arab yang berpusat di Maghribi itu.

Institusi Pengajian Tinggi

  • Universiti Sultan Zainal Abidin[6], Terengganu, Malaysia - menjadi Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di universiti tersebut
  • Universiti Zayed[7], Qatar - beliau menjadi Profesor Pelawat Fakulti Pengajian Islam di universiti tersebut
  • Universiti Mohammed V[7], Rabat, Maghribi - Beliau pernah menjadi profesor Usul Fiqh dan Maqasid Syariah di sana.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_al-Raysuni http://themoroccantimes.com/2015/11/17151/raissoun... http://iumsonline.org/ar/Members.aspx# https://al-furqan.com/publication/maqa%E1%B9%A3id-... https://www.arabiyanetwork.com/product/%D8%A7%D9%8... https://www.worldscientific.com/doi/pdf/10.1142/97... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12... https://www.cilecenter.org/about-us/our-team/sheik... https://iiit.org/en/book/al-shura-the-quranic-prin... https://iiit.org/en/book/imam-al-shatibis-theory-o... https://www.aa.com.tr/en/life/ahmed-al-raissouni-p...